Isnin, 1 November 2010

Selamat Datang

1.    Kami menawarkan perkhidmatan penginapan untuk pelbagai acara seperti:
i.    Transit pelancongan ke bahagian utara Sem. Malaysia seperti Bukit Kayu Hitam, Langkawi, Padang Besar,
      Gua Kelam, Wang Kelian dan Thailand;
ii.    Percutian (cuti sekolah dan cuti hujung minggu)’
iii.    Kenduri kahwin;
iv.    Konvokesyen/pendaftaran untuk UUM, Unimep, dan Politeknik Pauh;
v.    Menziarahi anak yang belajar di UUM,Unimep, Kolej Matrikulasi Changlun(KMK), Politeknik Pauh, Kolej
       Pertanian Bukit Tangga, Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan SMK Integrasi Bukit Kayu Hitam; dan
vi.    Reunion sahabat yang sekian lama terpisah.

Ruang Tamu


Kedudukan

2.    Kedudukan rumah ini yang strategik iaitu dalam lingkungan kurang:
i.    1 km dari pekan Changlun;
ii.    10 minit ke UUM/ABM di Sintok,  Kolej Pertanian / MARDI di Bkt Tangga, pusat
             membeli belah Bukit Kayu Hitam;
iii.     5 minit ke KMK Changlun;
iv.     30 minit ke Padang Besar, Jeti Kuala Perlis-Langkawi;
v.     40 minit ke Wang Kelian;
vi.    15 minit ke Politeknik dan Unimep, Perlis; dan
vii.    berhampiran traffic light utama di pekan Changlun yang menjadi persimpangan untuk ke KMK
             Changlun, Sintok, Bukit Kayu Hitam dan lebuhraya memasuki sempadan Kedah- Perlis;
viii.     10 km ke Napo, 20 km ke Jitra dan 40 km ke Alor Setar.

Bilik Utama


Kemudahan Persekitaran

3.    Kemudahan Persekitaran Yang Pelbagai
i.    Kompleks Membeli Belah C-Mart, Pasaraya A-Wang, Pusat Jualan Leno dan Cosway. dan butik-butik yang menjual pelbagai baju kurung dan tudung mengikut fesyen terkini;
ii.    C Kopitiam berhadapan C-Mart, Restoran Marry Brown, Myfc, Restoran Ayam Radix Jitra dan Kodiang, Restoran Nasi Kandar Yasmeen/ Menara Star / Seven Stars;Restoran Jo Cendul Pulut- Napo, Restoran Iman Café Jln Sintok – UUM, buffet ala-hotel di Hotel EDC Uum, Sintok; Restoran Pokok Sawa di Beseri Perlis dan passembur istimewa/bihun sup/mee rebus di stesen bas/teksi pekan Kodiang;
iii.    Gerai-gerai dan restoran masakan melayu, ala Thai dan western(Medan Selera-mlm sahaja), burger, oblong dan gerai buah-buahan di sepanjang jalan dari kawasan perumahan homestay sehingga menuju ke pekan Changlun;
iv.    Pusat renang di UUM dan Hosba Resort, bermain golf di Golf& Country Resort Bukit Kayu Hitam, Taman Rekreasi Bukit Wang, Taman Rekreasi Darulaman;
v.    Pasar malam Changlun-Rabu, pasar malam Napo-Jumaat, pasar malam Arau-Sabtu, pasar pagi Asun-Jumaat dan Pasar pagi Kodiang-Sabtu;dan
vi.    Surau,  masjid di pekan Changlun dan Kg. Tradisi.
vii.    Pusat Spa di Pekan Changlun dan Jln. Jenalik.
viii.    Gerai jualan limau barli di sepanjang lebuhraya, lemang dan nira nipah.
ix.    Menikmati dan membeli buah yang segar dan pelbagai pada musim buah di MARDI Bukit Tangga.

Bilik 2


Kemudahan Rumah

4.    Kemudahan Rumah Yang Pasti Memuaskan Hati
•    Suasana rumah yang mendamaikan dan selesa didiami setaraf penginapan hotel kerana   
      perabot yang digunakan juga adalah setaraf hotel.
•    3 Bilik, 2 bilik air, master bedroom yang luas dan selesa dengan setiap bilik diberi sentuhan warna yang berbeza dan mendamaikan, kemudahan peti ais, sofa moden, kipas siling dan kipas kaki, tv, rak kasut, meja makan 6 orang, kemudahan memasak dengan kelengkapan pinggan mangkuk dan pemanas air elektrik dan seterika turut disediakan.
•    Air mineral dan minuman panas 3 in 1 turut disediakan.    
•    Bersebelahan padang permainan kanak-kanak sesuai untuk anak-anak beriadah dan surau (dalam perancangan)
•    Selamat dengan pemasangan grill bagi setiap pintu dan tingkap.
•    Jadi, ayuh! Apa tunggu lagi... Tempahlah awal untuk pakej harga yang menarik. Kami juga  inginkan anda mempunyai pengalaman percutian yang menyeronokkkan di homestay kami.
Hubungi segera:  De’Nar Homestay di talian   012-5737585 / 019-4049321

Bilik 3

Ruang Makan & Dapur